Ahad, 5 Mei 2013

Calitan

Ditebar jala pilihan
Mengikut alur aliran
Dari mula sehingga pasti
Pilihan sudah tekad
Meriah bagai fiesta
Sahabat handai beramah
Jauh ketemu dekat eratkan
Cerita kehidupan dirungkai
Hanya kerana hari ini
Semua sedar tentang tanggungjawab
Bagi yang leka
Andakah yang mengaku warga malaysia
Suara anda sekadar bising
Bunyi tin kosong reput
Tiada erti kerana amanah ini
Anda masih leka sendirian
Walhal sering ditagih senang
Apa yang anda perolehi darinya
Atau apa sumbangan anda untuknya
Sekadar alasan
Politik milik semua
Dan bukti kini
Calitan di jari..
Menanti perubahan positif
Menuju maju acuan sendiri
Tahniah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan