Seandainya diri kita pernah dikhianati orang…
Seandainya diri kita pernah difitnah orang…
Seandainya diri kita pernah dihina orang…
Seandainya diri kita dizalimi orang…
Seandainya diri kita dipersalahkan orang..
Sakitnya hati hingga tidak bertegur sapa selama
berhari-hari…berbulan-bulan…bahkan bertahun-tahun pun ada
Retak serta lukanya hati hingga berdendam seluruh keturunan
hingga generasi ke generasi. Bencinya hati hingga tidak mahu bertentang wajah
bahkan bayang-bayang pun tak mahu melihatnya kerana dosanya terhadap kita
terlalu pedih bila terkenang-kenang.
‘Sedangkan ALLAH mengampunkan kita jika kita sungguh
bertaubat dan memohon padanya....Alangkah nabi juga memaafkan umatnya inikan
pula kita…
Kita hanya manusia biasa!..manusia yang penuh dosa..manusia
yang penuh kelemahan dan kehinaan...manusia yang penuh silap dan salah….
Moga ALLAH membuka pintu hati kita untuk berlembut hati
memaafkan semua orang tak kira apa dosanya....Moga ALLAH melembutkan hati
orang2 yang kita ada Dosa agar memaafkan kelemahan kita jua...
Adakah engkau sudah berbuat baik kepada orang yang berbuat
JAHAT kepadamu?Adakah engkau telah memaafkan orang yang telah MENGANIAYAMU?
Adakah engkau telah menghubungkan silaturahim kepada orang
yang memutuskan hubungan denganmu?
Adakah engkau telah menginsafkan orang yang telah
MENKHIANATIMU?
Adakah engkau telah bercakap atau menegur orang yang telah
MENGUSIRMU (tdk mahu menegurmu)?
Sesungguhnya, ALLAH tidak memandang kepada wajah kamu dan
tidak kepada kecantikan kamu akan tetap ALLAH memandang kepada hati kamu
Maka andainya ada manusia lain pernah berbuat dosa kepada
diri kita lalu ia memohon maaf. Terimalah kemaafannya kerana kita hanyalah
hamba yang tidak berupaya….sedangkan Allah itu lagi Maha PEMURAH dan Maha
MENGASIHANI….maka layakkah seorang hamba berbuat demikian?
Jika manusia itu tidak memohon maaf kepada kita maka cubalah
ikhlas untuk memaafinya kerana Allah itu lagi Maha PENGAMPUN…maka layakkah
seorang hamba bersifat sedemikian?
Ingatlah….dan sedarlah diri ini jua tidak terlepas dari
berbuat dosa…lalu kepada siapa kita memohon keampunan? kita mengharapkan Allah
mengampuni dosa kita lalu….Mengapa terlalu sukar memaafkan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan