Jumaat, 3 Mei 2013

Sekadar teratak

Hening
Subuh yang berlabuh
Menghitung setiap detik
Damai yang segar
Menanti terbit
Kemilauan saga merah
Atau kelabu berarak
Syukur
Setiap yang bermain
Setiap yang dilalui
Setiap yang berlaku
Hikmahnya tersembunyi
Pada setia
Ombak memukul pantai
Pada tabah aur dengan tebing
Jangan sampai membinasa
Menjadi tsunami
Menjadi banjir
Biar berbeza
Akhirannya adalah sama
Melihat Malaysia
Utuh selamanya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan