Bayu meruap wajah
Panas dinanti hangatnya
Sejuk hilang beransur
Langkah disusun rapi
Dengan bekal pilihan pasti
Kita membawa haluan
Tanpa prejudis
Tanpa segan membawa hasrat
Harapan kita pertaruhkan
Untuk 5 tahun akan mendatang
Dengarlah yang bakal memimpin
Anda dipilih kerana kami percaya
Pada apa yang kami nampak
Bukan siapa anda
Tapi apa yang bakal kita sama perjuangkan
Bayu ini semakin panas
Butakah yang melihat
Atau kolaborasi apakah
Mereka rancangkan...
Kita bersatu kita kuat
Kenapa masih rakus membaham
Sedang bayu masih sakit....
Kami menilai pada tindakan..
Bukan pada wajah hipokrit.
Bersulam wabak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan