Terjawab semua penantian
Dengan persoalan lebih berat
Tertera hitam putih
Namun masa menentukan
Kita lihat bukan sekadar mata
Pada hati tahu nilainya
Kenapa perlu dipersalahkan
Kenapa perlu muhasabah
Kerana akan bersama lagi
Dan dalam kocak permukaan
Dasarnya masih tenang
Akan bertambah golongan muda
Maka tindakan jangan tersalah
Kelak yang putih menjadi hitam
Membengkak menjadi cerita
Pada perkara remeh yang dibesarkan
Kami pilih Malaysia
Yang dibina atas kehendak
BERSAMA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan